Malaysia Dateline

Petisyen tuntut UM tarik balik sijil ijazah mahasiswa biadap

Penggerak Mahasiswa telah melancarkan satu petisyen khas berdasarkan ke atas mahasiswa Universiti Malaya yang diterima oleh Wong Yang Ke kerana kelakuan biadap ditunjukkan pada Majlis Konvokesyen di universiti itu pada Isnin.

Petisyen itu penuntut pihak universiti mearik balik sijik Ijazah Sarjana Muda yang diterima oleh Wong dan menuntut beliau membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Dalam kegembiraan yang sedang dirasa para graduan untuk menerima sekalung ijazah setelah bertahun-tahun mengharungi penat lelah zaman belajar, dihadiri oleh ibu bapa bersama tangisan kegembiraan mereka melihat anak-anak menaiki pentas, segak berjubah.

“Disaksikan juga oleh pentadbiran tertinggi Universiti, para Dekan dan Ketua Jabatan, pasti bakal mencipta memori yang tidak akan pernah dilupakan.

“Namun, pada Sidang ke-5, sesi pagi hari ini, majlis konvokesyen telah dicemari dengan ‘tindakan tidak beradab’ seorang graduan Wong Yan Ke yang mengganggu kelancaran majlis.

“Tindakannya melaung ‘ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat sesuatu yang tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik saja menerima ijazahnya merupakan suatu tindakan yang sangat biadap dan memalukan Universiti,” ujar kenyataan dalam petisyen tersebut.

Wong Yan Ke juga merupakan individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan DS Najib Razak di restoran Amjal.

Namum tindakannya diangkat sebagai wira oleh beberapa pihak atas dasar kebebasan bersuara. Namun adakah tindakannya kali ini juga dianggap sebagai kebebasan bersuara?

“Dia menjerit terlolong di hadapan ribuan tetamu tanpa rasa malu?

“Tidak menjadi masalah untuk kita berbeza pendapat dan pandangan dalam sesuatu isu, tetapi adakah dengan perbezaan dan kebebasan yang diberi itu membenarkan kita untuk melakukan sesuatu secara sesuka hati?

“Mahasiswa juga memainkan peranan dalam menjadi pencetus revolusi masyarakat namun mahasiswa juga perlu bertindak seperti seorang yang berpendidikan dan mampu menghormati prinsip ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ selaras dengan gelaran ‘MAHASISWA’ yang dipegang.

“Kami dengan tegas menyokong dan mempertahankan tindakan Naib Canselor dalam Kongres Maruah Melayu.

“Dengan menyatakan pendirian kami, adakah kami dianggap dan dilebal sebagai ‘totok pentadbiran’? Apa pula pendirian KMUM dalam isu yang memalukan ini?
Masihkan kita perlu berdiam diri?

“Kami MENGUTUK sekeras-kerasnya tindakan Wong Yan Ke yang memalukan dan telah memburukkan nama Universiti. Kami juga dengan tegas menuntut tindakan dikenakan kepadanya.

“Perkara seperti ini tidak patut berlaku sekiranya kita ingin mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian perbagai kaum, latar belakang dan ideologi terutamanya di dalam kampus tercinta ini,” ujar kenyataan itu.

Sehingga jam 1.00 tengahari ini sebanyak 42,121 petisyen telah ditandatangani.

Bagi Azwan Muhamad beliau berkata pengajaran harus diberikan. Jika tidak akan lebih ramai lagi berperangai seperti ini, katanya.

Kata Rahum Rahim pula: ” Akhlak masih di tahap kanak-kanak, tak layak untuk pegang segulung ijazah.”

Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam.