Petrol percuma: Pemuda BN digesa dedah pemberi dana

Petrol percuma: Pemuda BN digesa dedah pemberi dana

Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan digesa mendedahkan dana yang diperoleh parti komponen itu untuk menyasarkan 117,000 penunggang motosial di 13 kawasan Parlimen  untuk menikmati petrol percuma setiap bulan mulai April depan.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, jika diandaikan petrol yang diberi percuma sebanyak RM5 sebulan selama 12 bulan Pemuda BN perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM7,020,000 untuk program itu.

Beliau mempersoalkan dari mana Pemuda BN memperoleh wang sejumlah itu atau menggunakan wang pembayar cukai?

“Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibuat sekiranya mereka tidak boleh membuktikan bahawa mereka menggunakan dana mereka sendiri.

“Kalau benar mereka begitu simpati dengan beban yang ditanggung para penunggang motosikal, pemuda BN sepatutnya mengadakan protes setiap bulan sehinggalah pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menurunkan harga petrol,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Lip EngPada Rabu Pemuda BN Wilayah Persekutuan mengumumkan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Disasarkan sebanyak 117,000 penunggang motosikal berkapasiti 150cc akan menerima bantuan berkenaan sepanjang program itu berlangsung.

Lip Eng juga berkata, pemberian petrol percuma ini sebagai isyarat bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir.

“Sepatutnya mereka juga mengatur supaya Suruhanjaya Pilihanraya turut bersedia untuk mendaftarkan pengundi baru di program petrol percuma mereka ini.

“Sebelum Pemuda BN menjalankan sebarang program kononnya dengan niat untuk membantu rakyat, mereka sepatutnya bertanya kepada bos-bos besar mereka di dalam BN tentang ke mana perginya peruntukan RM1 juta setiap tahun untuk setiap kawasan parlimen; terutamanya di kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang.

“Tidak ada sesiapa pun dari kalangan ahli-ahli parlimen PKR, Amanah dan DAP yang telah menerima walau satu sen pun daripada peruntukan tersebut. Tak tahulah kalau ada ahli parlimen Pas yang

TAGS