Petronas belum buka mata tuntutan Kelantan, kata Husam

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Salor Datuk Husam Musa menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengizinkan Kelantan membawa kesemua 14 isu berkait tuntutan royalti petroleum ke Mahkamah Tinggi walaupun dibantah oleh Petronas sebagai kejayaan yang penting.

Bekas exco kerajaan Kelantan itu juga melahirkan rasa syukur kerana Kelantan masih lagi konsisten meneruskan saman ke atas Petronas yang dimulakan sewaktu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.

“Saya turut sama bersyukur atas keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

“Petronas mahu perbicaraan mengguna pakai peraturan 14a berkisar 6 isu sahaja.
Ia selangkah lebih dekat ke arah kejayaan tuntutan ini, InsyaAllah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbicaraan hari ini ekoran keputuan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu menolak untuk membicarakan 14 isu dan persoalan pokok menerusi Aturan 14A mengenai hak Kerajaan Kelantan ke atas telaga minyak di perairan negeri itu yang dicari gali oleh Petronas serta royalti yang dikemukakan oleh kerajaan Kelantan.

Husam juga berkata, penasihat Petronas Datuk Seri Najib Razak seharusnya membuka mata untuk memandang tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak secara serius selepas Dun meluluskan usul menolak untuk menerima pakai Akta Wilayah Laut dalam sidang yang lalu.

TAGS