Malaysia Dateline

Petronas sentiasa hargai sumbangan media Sarawak

Petronas sentiasa menghargai dan menjalinkan kerjasama erat dengan seluruh pengamal media khususnya di Sarawak.

Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi Mantali berkata, pihak media perlu diberi penghormatan atas usaha dan inisiatif mereka yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti di negeri ini.

Menurutnya, inisiatif serta Tanggungjawab Sosial Koprat (CSR) Petronas sama ada menerusi Pendidikan, Kesejahteraan Komuniti mahupun Pembangunan dan Alam Sekitar tidak akan berjaya tanpa sokongan berterusan daripada pihak media di sini.

“Terima kasih kepada anda (media) yang telah memberikan sokongan berterusan dalam kita bersama-sama membina ikatan kerjasama erat seterusnya nanti.

Majlis Malam Media yang dianjurkan Petronas Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sebuah hotel terkemuka di Kuching malam tadi.

“Sesungguhnnya, tanpa anda mungkin apa yang kami laksanakan terutamanya dalam program-program CSR tidak mencapai seperti apa yang kita tawarkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Media yang dianjurkan Petronas Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sebuah hotel terkemuka di Kuching malam tadi.

Seramai kira-kira 200 orang dalam kalangan pengamal media di Sarawak hadir pada majlis tersebut dengan tema ‘Disco Night Fever’.

Antara acara yang dilangsung ialah cabutan bertuah, nyanyian serta beberapa aktiviti lain yang bertujuan bagi merapatkan lagi antara pihak media dengan kakitangan Petronas.

Justeru, tambah Zulaihi adalah diharapkan Petronas dan pihak media akan terus menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang dianjurkan nanti.

Mengenai Majlis Malam Media yang diadakan, beliau berkata ia adalah penghargaan kepada semua pihak media di negeri ini atas sumbangan dalam menjayakan program dan aktiviti Petronas sebelum ini.

” Terima kasih semua.. diharapkan kita akan terus bekerjasama nanti dan majlis ini adalah khas untuk anda,” katanya.