Malaysia Dateline

PH ada kelebihan sokongan Ahli Parlimen, tegas Fahmi Fadzil

Pakatan Harapan (PH) yakin gabungan parti itu memiliki kelebihan moral untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan.

Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, PH telah mendapat mandat dari rakyat mengikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Saya percaya secara moralnya, kami (PH) telah mendapat mandat, dan ia telah dicuri daripada kami oleh sekumpulan orang yang mempunyai agenda lain,” dipetik Astro Awani.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian dalam sesi temu bual program Consider This di Astro AWANI malam tadi.

Walau bagaimanapun, tidak bermakna, jelasnya, PH tidak menghormati keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dalam memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Kami yakin dan percaya, ketika ini, PH memiliki kelebihan dari segi sokongan dari Ahli Parlimen,” tegasnya lagi.