PH ada peluang selepas Pas dan Umno juga berpecah

PH ada peluang selepas Pas dan Umno juga berpecah

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, ketika perhatian pemerhati politik tertumpu kepada kesan pertandingan pelbagai penjuru kepada PH, mereka terlepas pandang perkara paling nyata.

Beliau berkata, walaupun undi pembangkang akan terpecah dalam pertandingan tiga penjuru,pada pilihan raya umum akan datang juga bakal menyaksikan sokongan kepada Umno dan Pas juga berpecah.

“Sokongan kepada Pas dan Umno sudah pun terpecah dengan pembentukan parti serpihan Amanah dan PPBM,” katanya seperti dilapor FMT semalam.

Kesimpulannya, pada hari pengundian nanti, sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, penyokong yang menjadi tempat Pas dan Umno bergantung pada pilihan raya umum 2013 akan lebih kecil.

Malah, ada juga yang akan meninggalkan mereka untuk bersama dengan pemimpin Amanah dan PPBM yang diundi mereka sebelum ini, kata Atory.

“Di atas kertas memang nampak seperti pertandingan pelbagai penjuru menentang BN akan menyukarkan peluang PH untuk menang.

“Namun tidak mustahil kerana pengundi Pas akan berpecah dua dan begitu juga dengan Umno.

“Kalau ia seperti plihan raya lepas, di mana PPBM dan Amanah tidak wujud, pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan DAP dan PKR melawan Pas dan Umno.”

Bagaimanapun, Atory mengakui masih banyak yang perlu dilakukan PH untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana Pas menyukarkan keadaan untuk gabungan itu.

Ditanya apakah yang boleh dilakukan oleh gabungan yang dipimpin bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan peluang mereka pada pilihan raya nanti, Atory berkata, antara langkah boleh diambil ialah mengumumkan calon menteri besar mereka untuk setiap negeri.

“Beritahu pengundi siapakah orangnya yang kamu tawarkan sebagai pemimpin mereka – iaitu mereka akan ada seorang pemimpin yang baik dan boleh diterima.”

“PH juga mesti pastikan manifesto pilihan raya gabungan itu sampai kepada pengundi dan mudah difahami,” katnya.

Majlis presiden PH malam tadi membuat keputusan tegas untuk tidak bekerjasama dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas bermesyuarat selama 3 jam, pemimpin PH berkata gabungan itu akan menyediakan strategi untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru.

{loadposition myposition} Mesyuarat itu menyusuli laporan mengatakan beberapa pemimpin PKR terbabit dalam rundingan dengan PAS mengenai pengagihan kerusi di Selangor pada PRU14.

Pada Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan pemimpin Pas bukan dibuat atas kapasiti perbadi tetapi keputusan parti.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti pernah membuat keputusan seperti yang disebutkan Azmin itu.

Azmin juga berkata rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.

Langkah itu bagaimanapun tidak dipersetujui sesetengah pemimpin parti, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang mengumumkan meletak jawatan dari biro politik PKR baru-baru ini.

CATEGORIES
TAGS