PH akan bantah SPR laksana prosedur baru PACA, pengiraan undi serentak Parlimen, Dun

PH akan bantah SPR laksana prosedur baru PACA, pengiraan undi serentak Parlimen, Dun

Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat cubaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengubah prosedur pilihan raya yang memungkinkan menyukarkan kelancaran jentera pilihan raya parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bagi memastikan prosedur itu tidak dilaksanakan oleh SPR,  Majlis Presiden PH dalam mesyuarat hari ini, sebulat suara  bersetuju untuk menghantar surat bantahan kepada Pengerusi SPR untuk memaklumkan penolakan cadangan yang diutarakan dalam taklimat diadakan SPR kepada pimpinan parti politik yang telah  diadakan seluruh negeri sejak dua minggu lalu.

Walaupun penukaran sebarang prosedur oleh SPR tiada kaitan dengan perundangan, tetapi desakan untuk SPR kembali kepada kelaziman tiap kali menjelangnya pilihan raya diadakan di negara ini, tanpa perlu menukar sebarang prosedur yang didakwa akan menguntungkan Umno-BN kelak.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak mustahil tindakan SPR untuk menukar prosedur tersebut bertujuan untuk menguntungkan Umno-BN.

“Semua ini (pertukaran prosedur)  tidak diberitahu secara bertulis oleh SPR untuk parti dan calon buat persediaan…ini cara mereka untuk menyebabkan kita tidak dapat buat persediaan.

“Kita akan bantah peraturan sebegini.” ujarnya.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media diadakan selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan di Bilik Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir  Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  barisan Timbalan Presiden PH dan pimpinan parti dalam gabungan PH.

Setiausaha Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah  menerangkan, menerusi taklimat SPR yang diadakan dikalangan pimpinan politik dan parti mendapati terdapat cubaan SPR untuk mengubah dua prosedur lazim dilaksanakan sebelum ini.

Prosedur yang akan diubah SPR itu membabitkan prosedur Ejen Tempat Mengundi (Polling Agent) dan Ejen Kira Undi (Counting Agent) atau disebut sebagai Polling Agen and Counting Agent (Paca).

Pertama prosedur Polling Agen and Counting Agent (Paca) ini kebiasaannya perlu mengisi borang yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua Paca sebelum hari pengundian.

Keduanya pengiraan undi bagi peti undi Parlimen dan Dun telah disekalikan.

“Sepanjang minggu lepas SPR telah mengadakan taklimat kepada pimpinan politik di setiap negeri dan dalam taklimat itu timbul  dua isu.

“Lazimnya parti dan calon yang terlibat akan menghantar nama Paca sebelum hari pengundian.

“Tetapi kali ini senarai Paca harus disampaikan kepada Ketua Paca pada hari penamaan calon tidak pada tarik sebelum hari pengundian.

“Dalam taklimat itu ada kemungkinan senarai nama Paca perlu disampaikan lebih awal kepada ‘returning officer’ semasa hari penamaan calon.

“Keduanya dulu pengiraan peti undi ditempat pengiraan undi dibuat berasingan. Dimulakan dengan pengiraan bagi peti undi Parlimen diikuti peti undi Dun.

“Dalam taklimat itu ada kemungkinan akan dibuat serentak bagi peti undi Parlimen dan Dun,” terangnya.

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS