Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengadakan kerjasama dan membentuk majoriti lebih dari 112 kerusi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun Anwar belum mahu menyebutkan nama gabungan yang akan dibentuk dan hanya akan menyerahkan kepada rakan kongsi PH untuk memaklumkannya nanti.
“Kami ada majoriti untuk membentuk kerajaan dan kami ada surat bertulis dan akan maklumkan istana mengenainya.
“Kami dah melepasi 112 untuk membentuk kerajaan,” kata Anwar dalam sidang media pada jam 3.40 pagi hari ini.
Sidang media itu diadakan selepas PH berjaya merundingkan kerjasama dengan blok-blok lain dalam pilihan raya ini selepas PH menjadi blok terbesar dalam pilihan raya ini.