PH akan buat kejutan di Kepala Batas, kekuatan Umno-BN sudah berakhir

Sebahagian hadirin dan pimpinan PH semasa program bersama Mohamad Sabu di Dewan Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas kelmarin.

Misi Pakatan Harapan (PH) untuk membuat kejutan di Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang bukan suatu igauan.

Ia merupakan harapan amat tinggi PH untuk membela nasib rakyat yang tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Demikian dizahirkan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika hadir dalam program Kenduri Rakyat yang diadakan di Dewan Bakau Tua, Penaga, kelmarin.

Jelas beliau lagi, senario politik kini amat berbeza setelah rakyat bangkit untuk menyahkan pimpinan kleptokrasi yang menjadi amalan kerajaan sedia ada.

Dr Zaidi Zakaria

“Kepincangan kerajaan BN yang sedang memimpin negara menyebabkan rakyat semakin tertekan dan terbeban dengan kos sara hidup yang amat tinggi.

“Rakyat semakin melarat akibat sistem pentadbiran yang gagal diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan.

“Kesannya mengakibatkan golongan yang miskin bertambah miskin dan melarat, golongan bawahan turut terhimpit dengan pelbagai desakan hidup bikinan polisi kerajaan kini,” ujarnya.

Tegasnya lagi, kejutan yang akan terjadi di Parlimen Kepala Batas akan memberi impak yang amat besar kepada kehidupan rakyat setelah PH berjaya menumpaskan BN.

“Isu kekuatan maupun kubu kuat Umno-BN itu adalah situasi yang ada pada zaman kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas.

“Namun begitu keadaan ini tidak terus berlarutan dan ia sudah berubah kini.

“Jika dilihat pada hakikatnya Umno-BN Kepala Batas tidak lagi mempunyai kekuatan sepertimana dahulu lagi,” tegasnya.

Selain itu katanya, hubungan dan kerjasama yang begitu baik antara komponen dalam PH memberi tamparan yang hebat kepada Umno-BN.

Tambahnya, berdasarkan kepada komitmen yang diperlihatkan kesungguhan untuk menumbangkan BN di Kepala Batas, PH optimis dapat membawa kejutan pada kali ini.

Oleh kerana itu sarannya, bagi memastikan kemenangan menjadi realiti, PH akan meneruskan gerak kerja yang telah dan sedang dilaksanakan bagi memberi pembelaan terhadap semua golongan masyarakat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Dr Zaidi Zakaria, calon AMANAH bagi Parlimen Kepala Batas serta kepimpinan PH.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES