PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid

PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid

 

Menjadikan Islam model Malaysia sebagai ikutan kepada seluruh dunia Islam adalah matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata keupayaan umat Islam di negara ini mempunyai asas yang kukuh untuk diperkasakan bagi menjadi tauladan kepada orang lain.

“Dua hari lepas saya dikunjungi duta besar Turki dan saya menyatakan kepadanya ingin mempelajari dari negara itu tentang pelbagai kejayaan menguruskan hal ehwal Islam.

“Duta itu menolak cadangan saya kerana katanya Turki lah yang patut belajar dari kita.

“Di Turki katanya hampir semua penduduk adalah Muslim sedangkan kita berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya di majlis dialog bersama menteri di Kota Bharu pada Rabu.

Menurut Dr Mujahid memang wajar umat Islam Malaysia diberi perhatian kerana satu model kita tersendiri jelas berjaya diwujudkan.

“Kita adalah kita, bukan Saudi, bukan Pakistan, bukan Mesir dan bukan Iran,”katanya.

Untuk mengukuhkan kerangka itu kata beliau, pentadbiran baru yang diketuainya akan memperkenalkan “Fiqh Malizi” (Islam Model Malaysia).

“Model ini sama sekali tidak akan mengubah perkara-perkara asas dalam amalan Islam.

“Kita akan terus bersolat, berpuasa, berhaji seperti yang telah ditetapkan tetapi kita mempunyai pendekatan Malaysia berkaitan hubungan dengan non Muslim dan persoalan-persoalan semasa dalam masyarakat.

“Untuk menjayakan misi ini, dua lagi teras iaitu Rahmatan lil ‘alamiin dan Maqasid Syariah akan diguna pakai,” katanya.

Majlis dialog anjuran Prihatin Rakyat Kelantan mendapat sambutan hangat apabila dewan yang memuatkan 200 peserta penuh sesak dan hampir separuh terpaksa berdiri.

Mujahid meluangkan masa hampir dua jam untuk menjawab pelbagai soalan berkaitan kementerian termasuk pendirian kerajaan terhadap golongan LGBT.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote