PH akan pertahankan Pulau Pinang daripada dirampas BN, kata Lim Guan Eng

PH akan pertahankan Pulau Pinang daripada dirampas BN, kata Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan (PH) akan bekerja keras mempertahankan kerajaan negeri itu daripada diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pada masa sama kata beliau, pihak kerajaan PH negeri tidak memandang rendah cita-cita, keyakinan dan juga kemahuan BN untuk menawan semula Pulau Pinang.

“Keyakinan tersebut hingga disebut-disebut bahawa Umno akan sapu bersih di kesemua 15 kerusi yang mereka tandingi, diikuti MCA dua kerusi, MIC (1) dan Gerakan (3), dan mereka seterusnya akan merampas semula Pulau Pinang,” ujar Guan Eng dalam satu sidang media semalam menurut laporan di Facebook beliau.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kelmarin.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih itu juga berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Zahid itu.

Lim Guan Eng

Justeru kata beliau, pihaknya perlu berlawan dengan lebih serius memandangkan BN mempunyai semua jentera kelengkapan berbanding PH.

“Kita akan kerja keras untuk pastikan Pulau Pinang tetap di bawah tangan rakyat Pulau Pinang, dan bukan sebaliknya di tangan BN.

“Kita akan laksanakan persiapan seberapa yang perlu untuk mempertahankan negeri dan pada masa sama bersedia menuju ke Putrajaya,” ujarnya.

Tambah Guan Eng, BN begitu yakin dan telah membuat pelbagai persediaan untuk menawan semula Pulau Pinang tetapi menggunakan taktik kotor seperti mengaitkan projek terowong dasar laut dengan skandal rasuah.

“Jika mereka telah buat berbagai persediaan, saya rasa biarlah kita pula buat (persediaan) secara bersih, janganlah gunakan taktik kotor seperti yang mereka (BN) gunakan sekarang.

“Mereka mengaitkan projek terowong dasar laut dengan skandal rasuah, tapi sampai sekarang BN tak boleh sebutkan siapa yang mereka maksudkan dalam kalangan pemimpin Kerajaan Negeri yang makan wang berjuta-juta.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES