PH akan selesaikan masalah air Pahang segera jika memerintah

PH akan selesaikan masalah air Pahang segera jika memerintah

Mohd Anuar Tahir

Penyelaras Parlimen Temerloh, Haji Mohd Anuar Tahir menyarankan supaya Umno-Barisan Nasional (BN) negeri Pahang supaya mencermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum mengata pihak lain dalam masalah bekalan air.

Kata Setiausaha Agung AMANAH itu, puluhan tahun rakyat negeri Pahang terseksa dengan masalah bekalan air termasuk di parlimen Temerloh, tetapi tiada satu pun media milik kerajaan melaporkan berita yang cukup menyusahkan rakyat negeri ini.

Jelasnya, RTM, TV3 dan Bernama tidak berani untuk membongkar masalah sebenar ini kerana Pahang bukan dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

Bayangkan jika Pahang ini dikuasai Pakatan Harapan (PH) akan hampir setiap masa akan diserang oleh akhbar milik dan kroni Umno-BN, katanya.

“Sehingga hari ini masalah air di Temerloh tidak selesai, bahkan di kebanyakan kawasan luar bandar di negeri Pahang.

“Adakah BN berbangga dan tidak tahu malu untuk berkempen pada rakyat negeri Pahang bahawa anda pilihan yang terbaik dan telah berikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di Temerloh dan negeri Pahang?

“BN perlu malu dengan rakyat di negeri kelahiran tokoh pejuang negara seperti Pak Sako dan Datuk Bahaman.

“Semangat juang mereka untuk mempertahankan hak rakyat telah dimusnahkan oleh Umno-BN yang tanpa malu terus membiarkan rakyat terbeban dengan masalah air dan ditambah dengan bebanan kos sara hidup harian,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Ujar beliau, hari ini beberapa pemuda tempatan Temerloh telah meluahkan perasaan marahnya kepada Umno-BN di akaun Twitter mereka kerana sehingga hari ini gagal untuk menyelesaikan masalah air di Pahang dan Temerloh khususnya.

“Beliau juga kecewa kerana tiada mana-mana media utama kerajaan yang menyebarkan berita ini, tetapi giat menyebarkan masalah air di negeri Selangor.

“Saya mahu ingatkan Umno-BN negeri Pahang perlu cermin muka sendiri dahulu sebelum mengata negeri lain.

“Sangat memalukan apabila negeri Pahang telah dianaktirikan oleh Perdana Menteri (PM) sendiri yang merupakan anak kelahiran Negeri Pahang Darul Makmur.

Apa guna lahir di Pahang jika tidak menjaga kebajikan rakyat Pahang,” katanya.

Kata Anuar, beliau yakin, jika PH berjaya menguasai negeri Pahang, masalah air yang sedang menghantui rakyat negeri Pahang pada hari ini akan diselesaikan segera.

7.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 5.0