PH akan tunai semua janji Allahyarham Dr Md Rafik kepada pengundi

PH akan tunai semua janji Allahyarham Dr Md Rafik kepada pengundi

Pakatan Harapan akan menunaikan semua janji-janji yang pernah di buat oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik sekiranya pengundi menyerahkan mandat kepada calon PH pada Plihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu ini.

Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, allahyarham ketika khidmatnya di Parlimen Tanjung Piai melaksanakan tugas dengan baik kerana sentiasa mencatatkan janji-janjinya kepada rakyat.

“Allahyarham Datuk Farid sentiasa  mengambil catatan dan pegawainya mengambl nota, dan  melihat orang yang diberikan (menyampaikan bantuan). Maknanya bila beliau meninggal dunia dengan mengunakan peruntukan sedia ada,  ,maka hari ini kerajaan memutuskan akan menunaikan seratus peratus janji Allahyarham.

“Sama ada kami (PH) nak beri pada pilihan raya atau selepas pilihan raya itu terpulang pada kerajaan.

“Jika tidak puas hati boleh buat laporan polis  atau saman di mahkamah,” ujarnya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peradin di Kukup malam tadi.

Turut hadir Exco Johor Sr Dzulkefli Ahmad, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dan Presiden Gabem Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Dalam pada itu Salahuddin turut berkata, sebagai pembangkang Barisan Nasional (BN) seharusnya menjadi pembangkang bukannya berlagak seperti ‘kerajaan’.

“Bila kita jadi pembangkang kita memainkan peranan sebagai pembangkang untuk ‘check and balance’ dan kritik kerajaan. Seperti mereka pertikaikan kenapa saya bagi peruntukan semasa kempen tidak boleh tunggu ke selepas kempen?

“Sebagai pembangkang apapun mereka bercakap di Parlimen, pembangkang tidak boleh guna duit kerajaan beri pada rakyat, tak boleh. Wee Jeck Seng menang pun tak boleh. Yang boleh (beri bantuan) parti kerajaan..

“Saya berpengalaman 40 tahun jadi pembangkang tetapi cakap macam mana pun hingga keluar anak tegak cakaplah tapi ketika itu BN yang tunai janji.

“Kini kita (PH) sebagai kerajaan jadi jangan bimbang orang kampung Peradin, Kampung Lokok termasuklah duit yang dijanjikan MB Johor wajib kita tunaikan kepada rakyat…tiada yang salah. Yang salah mungkin pada pandangan dan pendapat BN,” ujarnya.

PRK Parlimen Tanjung Piai  bakal menyaksikan saingan enam penjuru, berlangsung berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.