Malaysia Dateline

PH anggap sidang Parlimen 9 Mac peluang terbaik

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyifatkan sidang Dewan Rakyat pada minggu depan sebagai peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya hari ini, sokongan 112 Ahli Parlimen memohon sidang pertama bagi penggal ketiga Parlimen yang akan diteruskan pada 9 Mac seperti dijadualkan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara yang tidak menentu sekarang,” katanya.

Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada hari ini turut bersetuju melantik Datuk Saifuddin Nasution sebagai Ketua Setiausaha PH yang baharu.