Malaysia Dateline

PH, berhenti bincang peralihan kuasa secara terbuka

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membicarakan soal peralihan kuasa Perdana Menteri secara terbuka.

Anwar meminta agar semua pihak menghormati konsensus yang disepakati PH pada Januari 2018.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga kekal dengan pendiriannya sebelum ini yang akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemudi negara terutama dalam sektor memperkukuhkan ekonomi Malaysia.

“PH dan Tun Dr Mahathir berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses peralihan seperti yang dipersetujui.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan terbabit supaya ianya berlaku secara aman dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.