Malaysia Dateline

PH berlaku adil dimusuhi, BN berlaku zalim jadi rakan

ULASAN:  Pengumuman Presiden Pas yang ahli Umno akan dilantik ke dalam Kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan mengejutkan ramai ahli Pas di peringkat akar umbi.

Bagaimana pun saya berpendapat ia adalah baik untuk membuktikan keikhlasan pergabungan Pas dengan Umno dan supaya ahli Pas dapat memahami politik Umno terhadap Pas yang lepas. Lagi pun dah terlalu lama Pas dan Umno berpura pura dan berbohong kepada penyokong mereka tentang kerjasama sulit mereka selama ini.

Pertamanya, dengan beradanya Umno dalam Kerajaan Pas Terengganu dan Kelantan, mereka boleh menjelaskan rasional penahanan bayaran wang royalti minyak kepada kerajaan Pas sebelum ini.

Dalam masa yang sama mereka boleh juga menjelaskan penggunaan atau salah guna wang royalti Terengganu dan Kelantan sebelum ini yang menjadi rahsia dan kezalimam keatas ahli ahli Pas.

Pada mesyuarat antara kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan pada bulan Ogos baru-baru ini, Kerajaan Pas Terengganu telah bertanya dan meminta pembayaran balek lebih dari RM1.1 Billion wang royalti yang di katakan di salah gunakan oleh kerajaan pusat untuk membina lebuhraya LPT2 di bawah tanggung jawab kerajaan pusat.

Perkara ini berlaku semasa kerajaan BN memerintah sebagai kerajaan pusat. Oleh itu hanya Umno sahajalah yang boleh menjawab secara terperinci sebab dan bagaimana wang tersebut telah disalahgunakan dan dibelanjakan.

Setelah Pakatan Harapan mengambilalih kerajaan pusat, wang dari royalti minyak Terengganu telah dibayar terus ke negeri.Dengan beradanya Umno dalam kerajaan Terengganu duduk semeja dengan Pas, merekalah yang paling arif dalam isu ini dan patut memberi penjelasan penuh kenapa ianya ditahan dari kerajaan Pas sebelum dari ini.

Semasa Pas memerintah Terengganu pada 1999-2004, Pas dahulu telah mengkritik penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan-JPP, oleh BN kerana ia dilihat sebagai penubuhan sebuah “kerajaan” dalam kerajaan.Dengan beradanya Umno dalam kerajaan negeri, penyokong tegar Pas perlu meminta penjelasan kenapa diadakan penubuhan JPP yang telah banyak menzalimi dan menyusahkan rakyat dan kerajaan Terengganu pada masa itu.

Seperti sedia maklum, kerajaan PH hari ini menubuhkan dan menyumbang kepada MPKK di mana kerajaan Pas Negeri Terengganu menguasainya dan mengisinya dengan ahli-ahli nya sendiri.

Jelas kelihatan di sini bahawa kerajaan PH hari ini berlaku jauh lebih adil dengan memberi wang royalti secara terus kepada kerajaan negeri tidak seperti BN dahulu. Penubuhan MPKK oleh PH hari ini memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan rakyat Terengganu berbanding dengan penubuhan JPP semasa Umno dahulu.

Persoalannya kenapakah Kerajaan PH yang berlaku adil di musuhi dan BN- UMNO yang menzalimi rakyat serta Kerajaan PAS Terengganu di ambil menjadi rakan ? BN sebagai kerajaan pusat telah memerintah dan menzalimi Pas hampir 62 tahun. Bolehkah ahli-ahli Pas lupa sejarah silam tersebut?

Kerajaan Pakatan Harapan baru memerintah setahun lebih dan telah memulangkan wang royalti serta menubuhkan MPKK yang dianggotai oleh ahli-ahli Pas di Terengganu dan Kelantan.

Apakah dosa PH yang setahun jagung jika di bandingkan dengan sejarah zalim BN- UMNO selama 62 tahun? Islam menuntut keadilan dan Pas mesti menunjuk kematangan politik dan perlu berlaku adil kepada semua.

*Penulis adalah Pengerusi AMANAH Terengganu.