Pimpinan Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng segera bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri sabaik sahaja sidang Dewan Rakyat ditangguhkan tengah hari tadi.
Mereka bertemu perdana menteri di dalam dewan bagi membincangkan penyelarasan bantuan banjir dengan segera.
Perkara itu dikongsi oleh Presiden AMANAH Mohamd Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja di facebook sebentar tadi
Menurut Mohamad Sabu, rakyat mengeluh, ada yang tidak makan beberapa hari kerana terperangkap banjir.
Malangnya kata beliau mereka berusaha membantu selamatkan mangsa banjir tetapi tiada bot untuk akses ke pada mangsa banjir yang masih terperangkap.
Misalnya di Taman Sri Muda yang dilaporkan masih ramai terperangkap sejak semalam malah ada yang meminta tolong di dalam gelap malam tadi kerana kelaparan.