Malaysia Dateline

PH BN setuju bentuk kerajaan bersama di Pahang dan Perak

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) telah mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan negeri di Pahang dan Perak.

Menurut sumber PH, melalui persetujuan itu, wakil BN akan menjadi menteri besar di Pahang manakala wakil PH akan menjadi menteri besar di Perak.

Dalam pilihan raya umum kelmarin, PH mendapat 24 kerusi di Perak, PN (26) manakala BN (9).

Apabila PH dan BN bergabung, mereka membentuk majoriti dua per tiga di Perak apabila mendapat 33 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 59 kerusi itu.

Di Pahang pula, BN mendapat 16 kerusi, PH (8) manakala PN (17).

Apabila bergabung PH dan BN mendapat 24 kerusi dari 41 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gabungan ini membentuk majoriti mudah tetapi tidak sampai dua pertiga.

Di Perlis pula, PN akan membentuk kerajaan apabila mendapat 14 kerusi dari 15 kerusi manakala PH hanya satu kerusi sahaja.

BN gagal mendapat sebarang kerusi di Perlis walaupun sebelum ini BN membentuk kerajaan di negeri paling utara di Semenanjung itu.