Malaysia Dateline

PH boleh lepas ujian dakwaan isu video seks babitkan pemimpin

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menolak kemungkinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti sedang diuji susulan penyebaran video intim Menteri Kanan Kabinet yang tersebar baru-baru ini.

Timbalannya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata, PH akan berjaya melepasi ujian yang diperkatakan itu sekiranya pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysai (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan penyiasatan secara profesional.

“Sebenarnya apa sahaja isu yang timbul, dianggap sebagai ujian namun kesahihan video ini masih dalam siasatan.

“Jadi kalau ia berjaya disiasat secara professional, boleh kata PH akan melepasi ujian mengangkat agenda integriti

“Kita serahkan pada pihak polis dan SPRM untuk menyiasat kesahihan video ini dan kita percaya pada tahap profesionalisma dan ketulusan pihak berkuasa, kerana kita mengamalkan sikap intergriti dan bebas dari campur tangan kerajaan (politik),”katanya¬† yang juga Ahli Dewan Undangan Neger (Adun)i Permatang Pasir..

Beliau berkata demikian yang mengulas tentang kenyataan dibuat wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin pada Isnin yang menyatakan penyebaran video seks tersebut adalah satu ujian keupayaan kepimpinan PH untuk bertindak dengan wajar dan untuk meletakkan kepentingan negara melebihi apa yang disukai atau tidak disukai secara peribadi.

Kadir dalam halaman blognya turut menyenaraikan lima lagi ujian yang dihadapi PH, antaranya ialah ujian terhadap janji PH untuk menjadi terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Walaupun beliau tidak menyentuh video tersebut secara spesifik, Kadir juga memberikan contoh senarai menteri dari luar negara yang telah meletak jawatan kerana dakwaan salah laku seksual.

Antara contoh yang diberikannya ialah menteri perusahaan kecil, pengguna dan tanggungjawab korporat United Kingdom, Andrew Griffiths yang meletak jawatan kerana menghantar mesej berbau seksual kepada wakil rakyat wanita.

Manakala di Kanada pula, menteri pembangunan ekonomi Ontario, Jim Wilson, meletak jawatan atas tuduhan salah laku seksual.