Malaysia Dateline

PH buat laporan polis kempen perkauman, agama pagi ini

Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan polis di seluruh negara jam 11.30 pagi hari ini ekoran isu perkauman dan agama yang digunakan secara agresif semasa kempen pilihan raya umum ke 15 baru-baru ini.

Menurut kenyataan Biro Mobilisasi PH, laporan itu akan dibuat di balai polis seluruh negara.

“Semua Pengerusi Biro Mobilisasi diwajibkan untuk membuat laporan polis ini di negeri/kawasan masing-masing,” kata satu poster yang disebarkan oleh biro yang di pengerusikan oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu itu.

Semasa kempen baru-baru isu perkauman dan agama telah menjadi pendekatan kempen sebuah parti gabungan sehingga mempengaruhi pengundi muda yang mula mengundi tahun ini.

Kempen ini juga digunakan oleh sesetengah guru sekolah sehingga mempengaruhi kanak-kanak di sekolah rendah lagi.

Seorang aktivis media sosial telah membuat kompilasi kesemua kempen perkauman dan agama ini, namun beliau telah ditahan polis untuk siasatan.

Menurut sumber, beliau akan dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama tuga hari.

BACA JUGA Perak bukti retorik politik ekstrimisma dan fitnah tidak relevan