Malaysia Dateline

PH buat laporan polis terhadap Lokman Nor Adam

Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Nor Adam, yang mendakwa bahawa PH membeli kad pengenalan Orang Asli bagi menghalang mereka daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Penolong ketua pusat operasi Pakatan di Jelai, Arvind Bharet menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat yang bertujuan untuk mencemarkan imej PH kepada umum pada pilihan raya ini.

“Saya ingin menekankan bahawa PH tidak akan membiarkan tindakan seumpama kerana kami yakin bahawa mengundi itu adalah hak bagi setiap rakyat dalam sebuah negara demokrasi dan hak itu sepatutnya tidak dicabuli dalam apa cara sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Laporan polis itu dibuat semalam di balai polis Sungai Koyan oleh Arvind sendiri.

Lokman dilaporkan oleh media sebagai mendakwa bahawa “sumber” BN telah membongkar bahawa beberapa “individu” cuba membeli kad pengenalan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli di kawasan berkenaan dan menambah bahawa ini adalah taktik terbaru oleh gabungan berkenaan untuk menang pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Sementara itu, calon PH bagi pilihan raya kecil itu, M. Manogaran apabila ditemui para pemberita semasa pusingan kempennya hari ini berkata beliau tidak mengetahui mengenai laporan polis itu.

“Saya tidak tahu pun perkara ini, saya perlu periksa mengenainya,” katanya ringkas.

Terdahulu Manogaran melawat gereja Chapel of Our Lady of Mount Carmel dan pasar tani di sini.

Pada perlawanan empat penjuru Manogaran akan bertanding menentang bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61, yang mewakili Barisan Nasional dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib, 61, seorang bekas pensyarah kanan Institut Aminudin Baki dan Wong Seng Yee, 40, seorang pekebun.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov tahun lepas membubarkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C.Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 atas sebab membeli undi.