PH buka 10 kaunter semak pengundian di Balakong

PH buka 10 kaunter semak pengundian di Balakong

Wong Siew Ki

Pakatan Harapan (PH) membuka 10 kaunter semakan di pelbagai lokasi di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong bagi membolehkan pengundi menyemak pusat pengundian mereka, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu Sabtu ini.

Calon PH Wong Siew Ki berkata kesemua kaunter semakan pusat pengundian yang dikendali sukarelawan parti itu akan beroperasi mulai hari ini hingga Jumaat.

Beliau berkata langkah itu dilaksana berikutan ramai pengundi yang masih tidak tahu pusat pengundian mana yang harus dituju.

“Sepanjang tempoh berkempen ini, saya mula sedar hampir 50 peratus pengundi yang ditemui tidak tahu di masa pusat pengundian mereka. Kebanyakannya keliru dan tertanya-tanya sama ada mereka akan mengundi di pusat sama seperti ketika pilihan raya umum lepas.

“Jadi saya harap dengan inisiatif ini, kadar undi pada PRK kali ini akan meningkat,” katanya kepada media ketika sedang berkempen di Bandar Damai Perdana hari ini lapor Bernama.

Kesemua kaunter semakan itu terletak di Batu 11, Cheras, Taman Megah, Bilik Operasi dan Pusat Perkhidmatan DAP di Dataran Perniagaan Cheras, Desa Baiduri, Bandar Tun Hussein Onn, Simpang Balak, Tanming Jaya, Cheras Jaya dan Taman Budiman.

Seramai 62,219 pengundi layak mengundi pada PRK Balakong Sabtu ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Wong dan Tan Che Teong daripada MCA.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS