PH cari dana dengan Makan Malam Amal
Majlis buat julung kalinya ini akan diadakan pada hari Ahad, 9 Disember 2018, 7.00 – 11.30 malam bertempat di PICC, Putrajaya dan akan dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan pimpinan tertinggi PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Wan Azizah.

PH cari dana dengan Makan Malam Amal

Pakatan Harapan menganjurkan majlis Makan Malam Amal bagi mengumpul dana bagi menjalankan kegiatannnya 9 Disember ini.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Makan Malam Amal Pakatan Harapan, tujuan penganjuran Majlis Makan Malam Amal ini ialah untuk menjana kewangan PH bagi membiayai kos operasi, pengurusan dan aktivitinya.

Majlis buat julung kalinya ini akan diadakan pada hari Ahad, 9 Disember 2018, 7.00 – 11.30 malam bertempat di PICC, Putrajaya dan akan dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan pimpinan tertinggi PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Untuk memastikan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat, pihak urusetia juga menjual 22 meja GOLD berharga RM7,000 setiap satu, 52 meja SILVER berharga RM5,000 setiap satu dan 71 meja BRONZE berharga RM2,000 setiap satu.

“Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak urusetia Majlis Makan Amal PH berbesar hati sekiranya semua pihak dapat bersama-sama menjual meja seperti yang dinyatakan atas semangat setiakawan menjayakan PH,” kata beliau.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan meja semua pihak bolehlah menghubungi saudara Mussadeq Khalid 016-2023715 dan Puan Marina 019-2755700, kata Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri itu.