Malaysia Dateline

PH dah dapat jumlah kerusi Parlimen lebih banyak dari PN – Anwar Ibrahim berhak jadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi Perdana Menteri ke-10 masih lagi menjadi teka-teki dan persoalannya terus “berunga-unga” dalam kepala kita semua.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini adalah pilihan raya yang pelik dan menjadamkan. Ketentuan siapa jadi PM dan parti mana akan membentuk kerajaan sebaik usai pilihan raya tidak dapat ditentukan dalam kadar segera, kerana kedudukan Parlimen TERGANTUNG.

Khalayak politik juga menjadi bingung dan terus dibaham rasa suspen apabila dua parti yang mendominasi kerusi PN dan PH, masing-masing mengeluarkan kenyataan berupa psywar kononnya mereka layak menubuhkan kerajaan.

Kenyataan daripada PN dibuat Mahiaddin Yassin, memulakan psywar tengah malam apabila beliau menyebut, pihaknya sudah mendapat “restu” berupa surat daripada pihak istana.

Mahiaddin mengakui beliau juga telah berbincang dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak, (GRS dan GPS) untuk menyokongnya.

Beberapa jam kemudian Pengerusi PH, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan dan jumlah mencukupi.

Anwar tidak menyebut kaedah atau angka berkenaan menjadikan khalayak ragu-ragu dan terus digodam persoalan yang mengaburkan suasana.

Seperti mana diumumkan oleh Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh kira-kira jam 4:30 malam tadi, tidak ada mana-mana parti mempunyai jumlah mencukupi. PH memperoleh 82 kerusi manakala PN memperolehi 73 kerusi.

Kedudukan itu menyebabkan mereka perlu bergabung dengan mana-mana parti bagi menggenapkan majoriti mudah 111 kerusi.

Pelbagai pihak membuat ulasan dan pandangan, bukan mudah untuk, baik PH atau PN bergabung dengan mana-mana parti kerana ia tidak sehaluan atau tidak serasi daripada awal.

Sebenarnya, dalam situasi seperti hari ini perkara itu tidak perlu dibangkit dan menjadi halangan demi untuk membentuk kerajaan.

Masalah atau konflik dan perbezaan antara satu sama lain perlu diketepikan demi melihat negara mempunyai kerajaan.

Kita percaya hari ini, kemelut dan masalah ini akan selesai. Esok sudah pasti akan ada bakal PM ke-10 akan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Apakah formula untuk membentuk gabungan dan membolehkan kerajaan ditubuhkan?Keadaannya sungguh kompleksiti.

Namun, saya percaya menjadi pandangan umum, parti atau gabungan yang mendapat kerusi terbanyak berhak untuk mengetuai kerajaan.

Dan kalau formula ini diterima sudah pasti ANWAR IBRAHIM berhak untuk jadi PM kerana PH mendapat jumlah kerusi terbanyak 82 kerusi melebihi sembilan (9) kerusi berbanding PN.

Apakah Anwar akan terhalang dan dinafikan sekali lagi? Malaysia dan negara akan menangis dan jadi histeria kalau beliau tidak diterima menjadi perdana menteri.

Baca juga PH dicadang bentuk kerajaan gabungan dengan PN, elak walhasil balik asal

Baca juga Sudah meninggal 6 bulan, wanita sebak baca nota arwah ibu