PH dapat 111 kerusi parlimen di Semenanjung, perintah 7 negeri – Invoke

PH dijangka menang 111 kerusi Parlimen, BN hanya 54 di Semenanjung.

Kajian yang dibuat oleh Invoke mendapati, Pakatan Harapan (PH) akan menang 111 kerusi parlimen dan 253 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia dalam pilihan raya 9 Mei ini.

Menurut kajian itu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 54 kerusi parlimen dan 192 kerusi DUN menurut kemas kini data terbaharu.

Paling menyedihkan, kajian Invoke itu tidak memberikan sebarang kerusi untuk Pas dan bakal kehilangan negeri Kelantan dalam PRU kali ini.

BN dijangka merampas Kelantan dari tangan Pas manakala Husam Musa menjadi satu-satunya calon PH yang akan menang kerusi parlimen di Kelantan iaitu parlimen Kota Bharu.

Invoke menjangka, selain Putrajaya, PH akan memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Invoke meramalkan, BN akan kekal di Pahang, Terengganu, Perlis di samping mengambil alih Kelantan dari Pas.

Di Johor, PH berjaya memerintah negeri itu apabila mendapat 39 kerusi negeri.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
9 user votes x 8.9
CATEGORIES
TAGS