PH digesa selalu ingatkan PKR yang masih kabur rundingan kerusi

PH digesa selalu ingatkan PKR yang masih kabur rundingan kerusi

Pakatan Harapan (PH) Selangor perlu mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali bahawa PH tidak bertolak ansur dengan sebarang rundingan kerusi dengan Pas di negeri itu.

Pandangan ini dilontarkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang berkata, ia menimbulkan persoalan siapa yang kini berada dalam kegelapan.

“Siapa yang berada dalam kegelapan? Walaupun ia adalah hak PKR untuk meneruskan hubungan dengan bekas sekutunya, tetapi ia menjadi hak Pakatan Harapan sebagai parti-parti dalam gabungan untuk menolak cadangan PKR, jika wujud, untuk PH bekerjasama dengan Pas pada PRU14 akan datang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kesediaan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR  itu dalam suatu perbincangan’tidak rasmi’ mengenai kerjasama politik antara PKR dan Pas secara persendirian, tidak melibatkan PH.

{loadposition myposition} Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan Pas mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan Pas bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Dua minggu lalu, Azmin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan pada Mei Pas dan PKR secara rasmi menamatkan kerjasama apabila Pas mendakwa PKR melanggar syarat “tahaluf siyasi”.

Menurut Lip Eng lagi, PH tidak akan membantu dalam mempertahankan kerusi-kerusi tradisi PKR yang mungkin akan diberikan kepada  Pas untuk bertanding pada PRU14 nanti.

“PKR juga boleh tewas dilihat dikalangan umat Islam yang berfahaman sederhana, bukan Islam dari Malaysia Timur dan ramai penyokong PH lain tidak akan mengundi calon PKR kerana mereka tidak bersetuju dengan pakatan PKR-Pas.

“Jika kerusi ini hilang, PKR tidak sepatutnya menyalahkan parti komponen lain PH kerana tidak berkempen untuk calon PKR kerana PH juga tidak bersetuju dengan pakatan PKR-Pas.

“Pendirian PH yang tegas ini  menjadi satu isu yang mana sepatutnya PKR perlu dingatkan selalu.” ujarnya.