Majlis Pimpinan Pusat PKR telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini berpandangan bahawa wujud kewajaran logo PKR digunakan semula.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil perkara itu akan dibincang dengan lebih lanjut pada mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang.
PKR turut membincangkan keputusan Pilihan Raya Umum Melaka ke-15 yang selesai pada 20 November lalu serta penggunaan logo Pakatan Harapan.
“Dari dapatan awal pimpinan, SOP yang dikenakan ke atas cara berkempen bagi PRU Melaka telah menyukarkan proses pengenalan calon-calon baharu serta logo yang berbeza dari yang dibawa pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Hal ini telah ditekankan pimpinan dan akar umbi PKR dari awal bagi PRU Melaka.
“Namun oleh kerana KEADILAN memahami sikap sahabat-sahabat di dalam Pakatan Harapan pada ketika itu, maka kami membuat keputusan bersetuju dengan penggunaan logo tersebut.
“Namun, ke hadapan, KEADILAN berpandangan bahawa wujud kewajaran logo parti itu digunakan semula,” kata beliau