PH fail aduan qazaf terhadap Ahmad Husni atas tuduhan Anwar meliwat

PH fail aduan qazaf terhadap Ahmad Husni atas tuduhan Anwar meliwat

Pakatan Harapan hari ini memfailkan aduan qazaf terhadap Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamed Hanadzlah  kerana mendakwa anak saudaranya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berucap dalam perbahasan bajet di Dewan Rakyat pada 1 November lalu.

Dua ahli parlimen yang membuat aduan itu adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Dalam kenyataan bersama ahli parlimen dari Parti AMANAH Negara (AMANAH) itu memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat kenyataan dibuat Ahmad Husni di bawah seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Dalam ucapan perbahasan yang dibuat Ahmad Husni di dewan rakyat beliau didakwa telah mengeluarkan beberapa perkataan mengenai Anwar.

Sebagaimana dipetik  daripada  aduan  yang dikemukakan kepada Jawi Ahmad Husni  dipercayai ada  menyebut:

“Do you know who is Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim. I left him. Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri,I helped him pergi ke rumah dia di Bukit Damansara. For 10 days I was watching him,I said, no.

“Bila dia terlibat dengan liwat. Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya. We are brought n tears. I went to Jordan, saya baca kitab. Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Allah and the whole population will suffer macam si sodom di Jordan…”

Menurut Hanipa dalam laporan itu, Ahmad Husni juga turut menyebut nama individu yang dikatakan sebagai ‘Hairani Nafis’ yang mana menurut Ahmad Husni semua orang di UKM mengenalinya.

Barisan Ahli Parlimen PH di dewan rakyat hari ini mengadakan sidang media untuk menerangkan aduan qazaf kepada Jawi.

Dalam aduan yang dibuat turut menyebut mereka menyakini kata-kata yang dilontarkan oleh Ahmad Husni di dewan rakyat itu adalah satu tuduhan jenayah qazaf ke atas Anwar.

Ahmad Husni didakwa  telah menuduh Anwar melakukan liwat tanpa Ahmad Husni mengemukakan empat saksi lelaki yang benar-benar menyaksikan tuduhan perbuatan liwat tersebut.

“Justeru itu kami sesungguhnya percaya YB Tambun telah melakukan satu kesalahan jenayah syariah qazaf dan amat wajar disiasat,” ujarnya dalam laporan bersama yang dibuat.

Turut hadir mengiringi Hanipa dan Raja Bahrin antaranya Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Cheng dan Ahli Parlimen Kapar M.Sundaram.

 

 

7.0
OVERALL SCORE
3 user votes x 9.3
CATEGORIES