Malaysia Dateline

PH fokus teras Melaka sejahtera pasca Covid-19

Pakatan Harapan (PH) Melaka komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha memajukan ekonomi selain memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diperkasa.

Komitmen itu selaras dengan pengumuman Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang merangkumi tiga teras utama, enam strategi dan 32 inisiatif.

Adly yang diumumkan sebagai calon ketua menteri Melaka jika PH menang membentangkan manifesto PH Melaka hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh Adly Zahari, Pengerusi PH Melaka ketika membentangkan manifesto PH untuk pilihan raya negeri Melaka hari ini.

Bagi teras Melaka Sejahtera, PH Melaka telah merangka inisiatif bersepadu yang merangkumi aspek kesihatan fizikal dan mental serta kesejahteraan rakyat dalam bangkit dari cengkaman Covid-19.

Di bawah teras tersebut, beberapa inisiatif kesihatan telah direncana termasuk:

1) Dana Khas Covid-19 Melaka: Membiayai program pemulihan termasuk FTTIS+V dan kit ujian saringan percuma kepada industri serta kumpulan berisiko tinggi.

2) Dana Ihsan Covid-19: Bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.

3) Kad Melaka Sihat: Manfaat RM300 setahun kepada keluarga B50 yang layak untuk dapatkan rawatan di klinik swasta.

4) First Support Point Keganasan Rumahtangga: Berpusat di JAPERUN untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.

Sementara itu, di bawah teras sama, beberapa inisiatif kesejahteraan rakyat dirancang iaitu:

1) Skim HARAPAN Rakyat Melaka: Berbentuk bantuan tunai one-off atau tahunan kepada rakyat Melaka dari pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, pelajar, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta caruman PERKESO percuma.

2) Skim Bakul Makanan Harapan: Bantuan makanan asas kepada golongan B50 yang layak.

3) Skim Perumahan Rakyat Melaka (Mel-Home): Skim rumah percuma, skim rumah sewa murah dan skim rumah harapan.

4) Dana Ihsan Bencana: Bantuan bencana untuk mangsa banjir, ribut dan lain-lain bencana.

5) Melaka Digital : Bantuan berupa pakej wireless modem dan prepaid SIM, latihan dan bimbingan ekonomi digital percuma, sokongan perniagaan digital marketing, dan pembangunan bakat baru pemain E-sport.

6) Pengecualian Cukai Tanah Pertanian di bawah dua ekar untuk dua tahun.