Malaysia Dateline

PH garis pelan beri peluang pekerjaan, bantu perniagaan rakyat Melaka

Pada semalam, Pakatan Harapan selesai melancarkan dan mengumumkan pelan tindakan yang akan dilaksanakan di Melaka.

Antara teras kedua dalam Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan iaitu ‘Melaka Makmur’, PH menggariskan strategi untuk memperkasakan ekonomi Melaka.

Usaha terebut dilakukan dengan mengukuhkan sektor ekonomi sedia ada dan meneroka sektor baharu.

“Ini bagi menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan serta menarik pelabur baharu,” kata pelan tersebut, yang dilancarkan semalam.

Melaka Makmur terbahagi kepada tiga inisiatif iaitu peluang pekerjaan, sokongan perniagaan dan menarik pelaburan langsung asing (FDI). Berikut adalah perincian ketiga-tiga inisiatif:

1. Inisiatif peluang pekerjaan

Skim Peluang Pekerjaan Rakyat (SPPR): Mewujudkan peluang pekerjaan baharu di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Program Carian Kerja Melaka ([email protected]): Mewujudkan hub rujukan di setiap Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (Japerun) yang berperanan sebagai pemadan pekerjaan di peringkat setempat

2. Inisiatif sokongan perniagaan

Dana Pemulihan Sektor Pelancongan: Peruntukan dana khas bagi memulihkan sektor pelancongan

Melaka Berniaga: I) Diskaun bayaran lesen perniagaan bagi tahun 2022 dan Skim Mikrokredit Harapan

II) Pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan dan usahawanita

3. Inisiatif baharu + menarik FDI

I) Menjadikan Melaka sebagai lokasi tumpuan aktiviti MICE (mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran) serantau

II) Merancakkan aktiviti Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

III) Penganjuran ‘Melaka Festival’ bertaraf antarabangsa sebagai tarikan baharu untuk pelancongan domestik dan antarabangsa

IV) Projek Infrastruktur Air di Melaka termasuk Empangan Jernih, Tasik Biru dan Muara Sungai Duyong

V) Penerokaan Industri Baharu seperti tenaga hijau, pelabuhan dan cruise, ekonomi digital dan gig serta bandar pintar yang dijangka menjana lebih 10,000 peluang

VI) Pekerjaan baharu

VII) Menyokong pertumbuhan produk-produk pelancongan baharu di Melaka.