PH guna logo dan calon PKR tanding PRK Sungai Kandis

PH guna logo dan  calon PKR tanding PRK Sungai Kandis

Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akan mengunakan logoa PKR  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (Dun) Sungai Kandis susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, Isnin lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setakat ini masih belum ada senarai pendek calon yang akan bertanding bagi kerusi berkenaan.

“Seorang daripada wakil rakyat kita meninggal di Sungai Kandis dan kita akan buat persiapan untuk adakan pilihan raya kecil dan calon Pakatan Harapan  daripada PKR,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH,di  Kompleks Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari.

PH akan mengunakan simbol dan bendera PKR pada PRK yang akan diadakan  kelak ini berikutan logo rasmi PH belum lagi dimuktamadkan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula menjelaskan, PKR masih lagi belum senarai nama calon daripada PKR Selangor untuk PRK berkenaan.

“Sehingga kini kami belum terima nama-nama (calon). Sejurus setelah terima (senarai nama calon) pimpinan (PKR) pusat akan muktamadkan dan kemudiannya memaklumkan dan dapat persetujuan daripada pimpinan Pakatan Harapan dan setelah itu barulah proses pengumuman (nama calon) dilakukan,” katanya.

Semalam Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau sudah mempunyai senarai nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis yang akan ditentukan kelak.

Amirudin berkata sebagai menteri besar, beliau mempunyai keistimewaan untuk menamakan calon sesuai bagi PRK itu kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ia diangkat ke peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan.

PRK diadakan berikuta kematian Mat Shuhaimi, 50, yang menghembuskan nafas terakhirnya  di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 11.10 pagi akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mat Shuhaimi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 12,480 undi, mewakili PKR dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, Pas dan PRM.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas mengenai PRK Sungai Kandis pada Isnin ini.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0