PH harap dapat bentuk kerajaan petang ini

PH harap dapat bentuk kerajaan petang ini

Perdana Menteri baharu Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap dapat membentuk kerajaan Persekutuan menjelang 5 petang ini.

Menurutnya, PH pada masa ini sudah membentuk 135 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata proses pembentukan kerajaan perlu dipercepatkan memandangkan semua pemimpin parti dalam PH sudah menandatangani sokongan terhadap calon Perdana Menteri PH.

“Pembentukan kerajaan perlu dibuat sekarang, ia berdasarkan undang-undang Perlembagaan.

“Yang DiPertuan Agong membuat keputusan melantik Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen,” jelasnya dalam sidang media khas tengah hari tadi.

Pengerusi PH berkenaan berkata, Parti Warisan Negara (Warisan) juga sudah menandatangani sokongan terhadap calon Perdana Menteri PH.

“PH juga sudah mendapat sokongan daripada parti-parti kecil di Sabah,” tambahnya lagi.

Keputusan PRU-14 menyaksikan pertama kalinya BN kehilangan kuasa di peringkat pusat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pengumuman jam 4.40 pagi tadi memaklumkan BN hanya memperoleh 79 kerusi Parlimen.

Sebaliknya, PKR menang di 104 kerusi Parlimen diikuti Pas (18), DAP (9, Warisan (8), Solidariti (1) dan Bebas memiliki tiga kerusi Parlimen.

7.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES