PH jamin keadilan untuk rakyat setelah capai ‘kemerdekaan kedua’, kata Mahathir

PH jamin keadilan untuk rakyat setelah capai ‘kemerdekaan kedua’, kata Mahathir

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjamin keadilan bagi semua rakyat setelah mereka mencapai kemerdekaan kedua dengan menolak pemerintahan kejam kerajaan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekali gus, perdana menteri mengajak rakyat berganding bahu bersama kerajaan untuk memulihkan negara susulan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2018, perdana menteri berkata rakyat merayakan sambutan kali ini dengan perasaan lega setelah berasa tertekan di bawah pentadbiran lama.

“Sesungguhnya ini adalah kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa.

“Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama,” katanya dalam perutusan yang disiarkan oleh televisyen tempatan.

Mengimbas kejayaan negara, Dr Mahathir berkata Malaysia pernah membangun dengan pesat sehingga dikenali sebagai Harimau Asia dan sesungguhnya kemampuan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tetap ada.

Beliau berkata malangnya pertukaran pemerintahan membawa perubahan dasar dan pendekatan dengan sistem demokrasi dan pentadibran mengikut undang-undang digugur dan diganti dengan cara-cara lain.

“Demikianlah kerosakan dan tekanan yang dirasai oleh rakyat sehingga mereka berasa seolah-olah mencapai kemerdekaan sekali lagi apabila PRU 14 (Pilihan Raya Umum ke 14) menghasilkan perubahan pemerintahan,” katanya.

Gandingan kerajaan -rakyat 

Dalam mengajak rakyat berganding bahu dengan kerajaan untuk memulihkan negara, Perdana menteri membayangkan cabaran besar yang bakal dihadapi mereka tetapi yakin dengan gandingan kerajaan-rakyat.

“Tugas kita memang berat. Tetapi tidak ada kuasa yang boleh menghalang gandingan rakyat dengan pemerintah.

“Kita sudah lihat bagaimana negara yang telah kalah dan hancur dalam peperangan dapat memulihkan negara sehingga dalam masa yang singkat dapat kembali maju kerana semangat dan usaha oleh rakyat dan pemerintah,” katanya.

Kerajaan, kata Dr Mahathir, sedang menjalankan tadbir urus dengan baik,berjimat cermat, berdisiplin dan mengawal nafsu.

Beliau berkata pencapaian dalam mengurangkan hutang sudah kelihatan dankerosakan jentera pentadbiran telah dapat dipulih semula.

“Insya-Allah dengan tindakan yang sedang dan akan diambil, negara akan sihat semula.

“Tetapi rakyat juga perlu memain peranan. Jikalau kerajaan tidak mampuhulur wang seperti dahulu, sebabnya ialah pembaziran seperti dahulu akan jejaskan proses pemulihan.

“Lagipun kerajaan ini tidak mencuri wang rakyat untuk diberi kepada rakyatsebahagian dari hasil pencurian,” tambahnya.

Perdana Menteri berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menggunakan pendekatan lebih baik dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dengan pendapatan diperolehi lebih memuaskan melalui hasil titik peluh sendiri serta halal.

Pendidikan dan Latihan

Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan memberikan pelajaran dan latihan serta biasiswa selain kepakaran pekerja ditingkatkan supaya pendapatan akan bertambah.

“Kita akan naikkan upah mengikut kemampuan. Tetapi yang perlu diingati ialahkenaikan upah tidak bermakna jika kos sara hidup naik bersama,” katanya.

Dr Mahathir berkongsi formula untuk meningkatkan kuasa beli rakyat.

Beliau berkata untuk menentukan kenaikan upah menambah daya beli,produktiviti perlu ditingkatkan melalui cara pengurusan yang lebih cekap,peningkatan kecekapan pekerja, penggunaan mesin, robotik dan otomasi dan tambahan pelaburan oleh majikan.

“Kerajaan akan memberikan insentif dan hadiah kepada mereka yang berjayameningkatkan produktiviti dengan kos yang terendah. Kenaikan harga hasil perusahaan hendaklah dikawal,” jelasnya.

Dr Mahathir juga menegaskan kerajaan akan membantu rakyat yang benar-benar miskin atau kurang upaya dengan bantuan yang lebih baik dari BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

Katanya, BRIM akan dikurangkan beransur-ansur tetapi mereka yang daif, tidak bekerja atau tidak dapat bekerja akan dibantu secara lebih bermakna.

Sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’, Dr Mahathir berkata perasaan sayangkan negara mampu mengatasi segala perbezaan, percanggahan dan rasa sangsi yang timbul.

Harapan Dr Mahathir serta rakyat, Malaysia yang mencapai kemerdekaan daripada British sejak 31 Ogos, 1957, terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS