PH Johor anjur rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 17 Februari

PH Johor anjur rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 17 Februari

Pakatan Harapan Johor akan mengadakan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 Februari ini.

Menerusi kenyataan bersama yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat yang diadakan telah memutuskan untuk menganjurkan majlis rumah terbuka Pakatan Harapan Johor sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2018 di kawasan utara Johor.

“Dengan mengambilkira kerukunan rakyat pelbagai kaum di Malaysia dan negeri Johor khususnya, sambutan ini adalah terbuka kepada semua bangsa dengan didasari semangat saling mengenali, memahami, menghormati dan mempercayai antara satu sama lain.

“Justeru, dikesempatan ini kami ingin mengundang seluruh rakyat Johor yang berkelapangan untuk hadir dan turut serta memeriahkan lagi sambutan ini.,” ujar kenyataan.

Sambutan rumah terbukan PH Johor itu akan diadakan pada hari ke-2 sambutan tahun baru Cina bertempat di Jalan Yaakob (bersebelahan jalan besar) Lenga, Muar dalam kawasan parlimen Pagoh.

 

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)