PH Johor janji 3 teras dalam Tawaran Tindakan, termasuk bina semula ekonomi rakyat

Oleh MALAYSIA DATELINE

Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini melancarkan Tawaran Tindakan (TT) Pakatan Harapan Johor yang menggariskan tiga teras utama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Teras itu ialah membina semula ekonomi rakyat, menjamin kesejahteraan rakyat dan mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata, PRN Johor 2022 memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memilih kerajaan selama lima tahun.

“Ada tawaran-tawaran yang kita kemukakan pada pilihan raya umum ke-14 yang tidak pernah ditawarkan kerajaan BN ketika memerintah sepanjang 60 tahun.

“Contohnya air percuma, Kad Sihat, insentif Siswa Harapan kita tambahkan jumlah bilangan kepada mahasiswa dan juga Takaful Warga Emas, di mana sebahagian yang kita tawarkan ini dibatalkan atau tidak diteruskan,” kata beliau.

Antara teras utama adalah Kad Sihat Johor merupakan kad perubatan yang menawarkan subsidi untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta bagi keluarga dan individu berpendapatan rendah.

PH memberikan subsidi RM50 bagi setiap lawatan ke klinik sehingga maksimum RM500 setahun untuk sebuah keluarga dan RM200 untuk individu.

Selepas BN mengambil alih kerajaan negeri pada 2020, dasar subsidi perubatan ini menjadi tidak menentu dengan terdapat aduan pada awal 2021 bahawa kad berkenaan tidak boleh digunakan.

PH juga berjanji akan menyediakan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pelajar diploma dan RM100 untuk pelajar asasi yang memulakan pengajian di universiti dalam Insentif Siswa Harapan.

Manakala Takaful Warga Emas Johor pula menawarkan bayaran RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

PH Johor janji 3 teras dalam Tawaran Tindakan, termasuk bina semula ekonomi rakyat
Bayaran RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Dalam teras membina semula ekonomi rakyat, PH akan mengusahakan pembukaan penuh sempadan Johor – Singapura dengan kaedah ‘Test & Release’ yang memberi peluang kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk berulang alik dengan SOP yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Teras ketiga pula ialah mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah dengan melaksanakan enakmen Anti-Lompat Parti serta melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya ekoran Usul Kota Iskandar yang diterima sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Teras tawaran yang lain merangkumi pentadbiran yang inklusif membabitkan semua Bangsa Johor tanpa diskriminasi berdasarkan kaum, agama, umur dan jantina akan menikmati hasil perpaduan dan pembangunan merentasi semua daerah,” katanya.

Katanya, jika PH diberi mandat dan menang pada PRN Johor, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan memberi kuasa kepada kerajaan negeri sebagai langkah untuk