Malaysia Dateline

PH Johor komited patuhi amalan demokrasi berparlimen

Pakatan Harapan (PH) Johor komited mematuhi amalan demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang menjadi tulang belakang negara sejak sekian lama.

Pengerusi-Pengerusi PH Johor berkata demikian yang merujuk kepada titah Sultan Johor yang memberi amaran agar semua pihak menghentikan sebarang langkah merebut kuasa di negeri itu.

“Johor mengambil maklum dan menjunjung kasih titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al-marhum Sultan Iskandar – Sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor, sepertimana yang disiarkan menerusi Facebook rasmi baginda.

“PH Johor juga menyatakan komitmen terhadap amalan demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri serta negara kita.

“PH Johor akan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip tersebut (diatas) dalam mendepani apa jua isu serta situasi politik semasa,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat bersama antara AMANAH, Aminolhuda Hassan; PKR, Syed Ibrahim Syed Noh; dan DAP, Liew Chin Tong

Hari ini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda berasa kecewa dengan polemik politik yang masih berlaku di negeri itu.

Pada hantaran Facebooknya itu, Baginda bertitah, baginda telah pun bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat pada setiap masa.

Justeru titah baginda, sekiranya berlaku perebutan kuasa, baginda akan meletakkan kuasa di tangan rakyat Johor untukmemilih wakil rakyat mereka yang baharu

“Saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titahnya.