Malaysia Dateline

PH Johor teliti sebarang langkah ‘balas dendam’ Bersatu esok

Pakatan Harapan Johor akan meneliti sebarang usul atau langkah ‘balas dendam’ yang bakal dibawa oleh ADUN Bersatu esok dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

Dalam kenyataan bersama Pengerusi AMANAH Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Liew Chin Tong berkata, esok adalah hari terakhir sidang DUN Johor dan sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari.

Majlis Pengerusi PH Johor yang bermesyuarat hari ini di Kluang menegaskan PH Johor memiliki 27 ADUN dengan Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

PH Johor berkata demikian ekoran kenyataan Dato Osman Sapian yang meramalkan Menteri Besar Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu jikalau 12 ADUN Bersatu di negeri ini ‘balas dendam’ melalui usul undi percaya.

“Esok adalah hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari,” katanya.

Hari ini juga, ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub mencabar Umno mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor bagi membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

Kelmarin pula ADUN Paloh Sheikh Omar Ali membayangkan Kedudukan Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil jika mengikut formula negeri Perak.

Jika menggunakan formula Perak, Umno Johor yang memiliki 14 kerusi DUN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 27 kerusi maka akan membentuk jumlah 41 kerusi di mana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang