PH junjung reformasi institusi kehakiman, perlembagaan, kata MKM

PH junjung reformasi institusi kehakiman, perlembagaan, kata MKM

Haissazc Shuqkin Hisham

Pelantikan Peguam Negara terdiri daripada Ahli Parlimen yang dikatakan tidak selari dengan keadaan kini perlulah dilihat dengan lebih terperinci,kata Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM).

Wakilnya Haissazc Shuqkin Hisham menjelaskan, pelantikan Peguam Negara daripada kalangan Ahli Parlimen sebagaimana dimuatkan dalam Buku Harapan, dibuat setelah pemisahan tanggungjawab Pendakwa Raya daripada bidang kuasa Peguam Negara.

“Ketika ini, tanggungjawab Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah selari dan inilah menimbulkan “conflict of interest” yang mana telah berlaku pada kerajaan terdahulu yang menyebabkan integriti dan neutraliti badan kehakiman dipersoalkan.

“Pemisahan kuasa ini juga penting kerana berdasarkan manifesto Harapan, Peguam Negara terdiri daripada Ahli Parlimen dan Pendakwa Raya adalah mereka yang bebas daripada sebarang pengaruh dan ideologi politik bagi memastikan Pendakwa Raya dapat berfungsi dengan bebas untuk mendakwa Kerajaan mahupun Pembangkang.

“Maka, mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidaklah berniat untuk melanggar janji yang telah termaktub kepada rakyat, tetapi bagi memastikan proses pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang melibatkan *pindaan dalam Perlembagaan, berjalan dengan lancar dan mengikut undang-undang.

“Melantik Peguam Negara daripada kalangan ahli Parlimen kerajaan adalah bagi memastikan Peguam ini hadir dalam setiap persidangan Parlimen.

“Dengan ini, integriti dan akauntabiliti sistem kehakiman negara dapat dijamin dengan adanya Peguam Negara yang berstatus Menteri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kandungan Janji 15 yang menetapkan seorang Peguam Negara akan dilantik menjadi menteri dan ahli parlimen.

Beliau mengulas mengenai cadangan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mendapat perkenan YDP Agong Sultan Muhammad V pada Sabtu.

Bagaimanapun ada pihak mempersoalkan keputusan Dr Mahathir itu tidak selari dengan apa yang digariskan dalam Buku Harapan.

Menurut Haissazc Shuqkin lagi, sistem (pemisahan kuasa) ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia dipraktikkan beberapa negara luar seperti di United Kingdom.

“Di UK, Peguam Negara adalah Menteri Undang-undang yang mana berfungsi untuk menjawab segala hal berkaitan undang-undang di Parlimen dan tidak mempunyai kuasa dalam mendakwa mana-mana Ahli Parlimen dan Menteri selain daripada isu keselamatan negara bagi memastikan “conflict of interest” tidak berlaku,” ujarnya.

Justeru katanya lagi, MKM sentiasa mahu memastikan kerajaan berfungsi dan bekerja dalam membina semula negara berdasarkan prinsip keluhuran undang-undang “rule of law” dan tidak akan pernah sesekali melangkaui batasan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Pindaan tersebut meliputi Perkara 145(3), Seksyen 376(1) Kanun Acara Jenayah & Akta Tafsiran 1948 dan 1967.

Selaku kerajaan yang berpegang teguh pada prinsip keluhuran undang-undang, setiap tindakan dan keputusan oleh kerajaan hari ini semestinya mengikut pada Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang wajib dipatuhi “the highest law of the land”.

Sentimen agama yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga tidak relevan kerana tiada satu pun Perkara dalam Perlembagaan yang mengatakan Peguam Negara haruslah dilantik daripada kalangan orang Islam dan Melayu.

Keutamaan kerajaan adalah memastikan Peguam Negara haruslah terdiri daripada individu yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik, seiring dengan agenda refomasi institusi demokrasi yang berfungsi untuk rakyat.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS