PH Kelantan tingkatkan kemesraan antara kaum sempena Tahun Baharu Cina

PH Kelantan tingkatkan kemesraan antara kaum sempena Tahun Baharu Cina

Pakatan Harapan (PH) Kelantan menjadikan Tahun Baharu Cina sebagai jambatan mengeratkan hubungan mesra antara kaum.

Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa bersama pimpinan dan ahli semua parti anggota mengambil peluang menziarahi penduduk berbangsa Cina di beberapa lokasi terutama di Kota Bharu.

Menghadiahkan limau sambil bertanya khabar.

Bermula di pasar Pohon Pinang di pusat Bandar Sabtu lalu, beliau mengetuai rombongan menziarahi dari pintu ke pintu bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Menyantuni anggota masyarakat Cina sempena ketibaan Tahun Baharu.

Turut serta adalah Timbalan Pengerusi PH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Anggota Parti Pribumi Bersatu Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai Timbalan Ketua bahagian Kota Bharu, Datuk Wan Rusdi.

Pimpinan wanita PH dari semua parti turut mengambil bahagian.

Turut sama mengedar limau serta menyantuni masyarakai Cina ialah Tan Ah Wang (dua dari kiri) dan Wan Abdul Rahim (tiga dari kanan).

Rombongan kemudian berpecah kepada tiga kumpulan untuk ke lokas-lokasi berlainan.

Menurut Pengarah Hubungan Antara Kaum PH Kelantan, Tan Ah Wang, acara itu bukan sahaja diadakan di Kota Bharu malah juga di jajahan (daerah) lain seluruh Kelantan.

“Pimpinan dan anggota PH akan sekali lagi turun untuk mengucapkan selamat tahun baru Cina di pasar malam Jalan Kebun Sultan 13 Febuari in,” katanya.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote