PH kini ada 135 MP, harap PM dapat angkat sumpah hari ini

Tun M berkata, kerajaan Malaysia perlu dibentuk sekarang kerana Malaysia tidak mempunyai kerajaan sekarang dan sangat bahaya.

Pakatan Harapan kini mempunyai 135 ahli parlimen bersamanya selepas pemimpin Warisan serta beberapa ahli parlimen dari Sabah menyertai PH.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan menyerahkan senarai ahli parlimen itu dengan surat yang ditandatangani oleh pemimpin setiap parti kepada Yang Dipertuan Agung.

“Kita perlu bentuk kerajaan segera kerana kita ada majoriti yang jelas.

“Sekarang ini Malaysia tidak mempunyai kerajaan selepas kerajaan sementara terbatal dengan sendirinya malam tadi,” kata Mahathir.

Beliau berharap, perdana menteri Malaysia yang baru boleh mengangkat sumpah hari ini juga.

Menurut Mahathir, pemimpin PKR, Bersatu, AMANAH dan DAP serta Warisan telah menandatangani sokongan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri itu.

“Kesemua mereka menyatakan sokongan terhadap cadangan itu dan kita ada kira-kira 135 ahli yang menyokong,” katanya.

Surat itu akan diserahkan segera kepada Yang Dipertua Agung, katanya.

9.3
OVERALL SCORE
: 10.0
7 user votes x 9.1