Malaysia Dateline

PH letak calon terbaik, tapi BN akan mendahului, kata Penyelidik

Buat pertama kali dalam siri pilihanraya pasca Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) dilihat berjaya meletakkan calon yang tepat menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Perkara tersebut diakui Ketua Penyelidik dan Felo Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim yang menyifatkan PH sudah mula kembali berada di landasan tepat dengan memperkenalkan calon yang terbaik.

Namun katanya, BN yang mempertandingkan calon MCA, Datuk SeriĀ  Wee Jeck Seng dijangka mempunyai peratusan undi dan kedudukan lebih baik berbanding kerajaan PH yang meletakkan calon Karmaine Sardini.

“Kedua-dua calon dari dua parti utama yang bertanding sebenarnya memilih jalan selamat. Pertembungan kali ini adalah seimbang, Tapi hipotesis kami mendapati MCA nampak lebih ke hadapan.

“Meskipun arus populisme Melayu-Muslim yang kuat sejak PRU14 yang berpihak kepada Umno-Pas dan komposisi penduduk Melayu yang tinggi, BN dengan berani meletakkan calon daripada MCA dengan memberi mesej yang jelas kepada pengundi bukan Melayu bahawa Muafakat Nasional bukannya bersifat perkauman.

“Jika dilihat, penduduk Melayu tak puas hati dalam konteks elemen Melayu Islam. Malah, akhir-akhir ini juga etnik cina mula menjauhi PH kerana mereka ada persepsi kerajaan Malaysia baharu adalah tak cukup baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Khas Ilham Centre: Unjuran 7 Siri PRK dan Prediksi P165 Tanjung Piai, di Universiti Malaya, hari ini.

Mohd Yusri yang juga penyelidik dari Pusat Penyelidikan Asas dan Lanjutan, UMT menjelaskan bahawa manipulasi Melayu Islam sebenarnya sudah mula diheret dari keputusan PRU14 yang akan memberi kesan peratusan undi Melayu.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Malah, PH juga tidak boleh dengan mudah mendakwa parti itu memperoleh peratusan undi bukan Melayu yang tinggi sehingga 88 peratus oleh kerana data tersebut berbeza dengan politik di Johor.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pengajian dan Pentabiran Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub menyifatkan pertembungan PH dan calon BN sememangnya sengit oleh kerana calon pembangkang itu sendiri merupakan calon yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen.

Dr Mohammad Tawfik berkata, realitinya kerajaan akan berhadapan masalah besar sekiranya tidak mampu memperoleh sokongan di Tanjung Piai oleh kerana keputusan masyarakat disana merupakan satu mesej rakyat yang akan mengubah keseluruhan PRU15 akan datang.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, dari PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham Md Farid menang dengan majoriti 524 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (Pas).

PRK kali ke 9 diadakan ini selepas PRU14 lepas. akanĀ  menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Karmaine dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) serta dua calon bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock, pengasas pusat tuisyen, dan Faridah Aryani Abd Ghaffar, seorang ahli perniagaan.