PH Melaka akan lantik KM Melayu

PH Melaka akan lantik KM Melayu

Pakatan Harapan negeri Melaka tetap akan melantik seorang Ketua Menteri daripada kalangan orang Melayu jika rakyat memberikan mandat kepada gabungan itu pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

“Pakatan Harapan Melaka akan memilih sama ada pimpinan Melayu daripada PKR, AMANAH atau Bersatu untuk menjadi Ketua Menteri Melaka jika menang pada PRU 14 nanti.

“Jangan dengar tohmahan dan fitnah pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan rakyat khusus orang Melayu kononnya kuasa orang Melayu akan hilang di Melaka jika PH menang,” ujar Khoo Poay Tiong, Setiausaha DAP Melaka.

Beliau berkata demikian pada program ceramah umum PH di Pernatang Pasir dekat sini kelmarin.

Menurutnya, Pakatan Harapan akan tetap memastikan kuasa orang Melayu dipertahankan sesuai dengan bilangan mereka yang merupakan golongan majoriti di negeri Melaka.

“Tetapi Ketua Menteri baru yang kita lantik adalah seorang yang amanah, telus dan berintegriti tinggi yang akan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tambah beliau yang juga merupakan Adun Ayer Keroh dan Setiausaha PH Melaka.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES