Malaysia Dateline

PH Melaka fail semakan kesahihan proses pembubaran DUN

Pakatan Harapan Melaka hari ini memfailkan permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan penentuan Mahkamah berkaitan kesahihan proses dan keputusan pembubaran Dun Melaka pada 4 Oktober 2021 lalu.

Melalui firma Guaman Gan Ho dan Razlan Hadri fail semakan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 3.00 petang tadi.

Menurut Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, tindakan ini di ambil atas prinsip serta semangat bagi memastikan perlembagaan dan keluhuran unndag-undnag negara terus dihormati.

Katanya, negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 di mana kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan serta menyedari bahawa neger

Bahkan katanya, Melaka baharu sahaja melangkah ke Fasa 4 di mana aktiviti ekonomi rakyat baharu berjalan dengan baik dan bagi memastikan pemulihan ekonomi rakyat tidak terjejas.

Terdahulu, 4 Adun telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan Melaka jatuh.

4 Adun berkenaan Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) bersama 11 ADUN Pakatan Harapan disahkan mempunyai majoriti dan boleh membentuk kerajaan namun TYT Melaka telah mengisytiharkan DUN Melaka dibubarkan.