Malaysia Dateline

PH Melaka namakan Adly Zahari sebagai Ketua Pembangkang

Pakatan Harapan (PH) Melaka menamakan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PH Melaka memaklumkan Adly akan mengetuai blok Pembangkang sewaktu Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) yang Keempat Belas sehari pada 11 Mei 2020 nanti.

Ia katanya, merupakan persidangan Dun pertama selepas krisis politik dan pertukaran kerajaan pada bulan Februari yang lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, PH Melaka melalui mesyuarat online pada 24 Apriul 2020 telah bersetuju bahawa kesemua 11 Adun dari kawasan Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar
Hilir and Bemban kekal teguh di bawah blok Pakatan Harapan.

Selain itu katanya lagi, PH Melaka kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan negeri, terutamanya dalam situasi wabak Covid-19.