PH Melaka umum struktur organisasi

PH Melaka umum struktur organisasi

Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengumumkan struktur kepimpinannya dalam memantapkan lagi gerak kerja mendepani pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi AMANAH Melaka Adly Zahari yang dilantik sebagai Pengerusi PH negeri sebelum ini mengumumkan timbalan pengerusi PH Melaka adalah Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu pengerusi PKR negeri, pengerusi DAP negeri Tey Kok Kiew dan pengerusi Bersatu negeri Mohd Redzuan Md Yusof.

Berikut merupakan struktur oraganisasi Pakatan Harapan Melaka:

Pengerusi:
Adly Zahari

Timbalan pengerusi:
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Tey Kok Kiew
Mohd Redzuan Md Yusof

Naib pengerusi:
Mohd Rafiq Naizamohideen (pengarah pilihan raya)
Gue Teck (pengarah penerangan)
Mohd Sofi Wahab (pengarah tawaran/manifesto)
Gsami Nathan (pengarah perpaduan)

Setiausaha:
Khoo Poay Tiong

Bendahari:
Azizan Hasan

Ketua wanita:
Mahani Misban

Ketua pemuda:
Ramlan Meon

Penagrah mobilisasi:
Yuhaizad Abdullah

Pengarah undang-undang:
Rusnah Aluai

Pengarah ekonomi:
Mohd Zairi Suboh

Dengan terbentuknya struktur organisasi ini, PH Melaka akan memberi sepenuh komitmen bagi mengurus semula ketirisan atas sebarang sebab terutamanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dalam kerajaan negeri ketika ini, kata satu kenyataan hari ini.