Malaysia Dateline

PH mesti serius dengan isyarat Semenyih

Dalam PRU lepas undi PH dapat 1/3 undi Melayu kira-kira dalam 33 peratus. Dalam PRK kali ini nampaknya BN+ Pas boleh menang tipis PRK walaupun undi PH Melayu meningkat sebanyak 40 peratus.

Di Jepun pada tahun 2009, Parti Liberal Demokratik (LDP) telah hilang kuasa setelah berdekad berkuasa kepada Parti Demokrat Jepun (DPJ). Namun, DPJ telah kalah hanya setelah sepenggal berkuasa pada 2012.

Walau apa alasan pun, jangan biar sejarah DPJ berulang pada PH. PH tidak boleh terlalu membiarkan kebebasan suara tanpa kawalan. Pembangkang sekarang bukanlah pembangkang seperti PH dahulu.

Kekuatan mereka hanya menghasut rakyat menggunakan 3R – Race, Royalty dan Religion. Dengan cara 3R ini mereka akan cuba menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

Parti Islam hanya pada nama dan langsung tiada ciri-ciri Islam pada pemimpin mereka daripada makan duit orang secara batil dan berbohong.

PH gagal pertahan Dun Semenyih selepas kecundang di Cameron Highlands, Januari lalu.

PH kena menguatkuasakan akta keharmonian antara agama, apabila beberapa pemimpin mereka sudah didakwa atas akta ini, pengikut mereka akan lebih beringat daripada hendak menabur fitnah.

PH perlu memberi perhatian pada jentera siber/maya. Kementerian Komunikasi melalui Gobind Singh Deo perlu mengambil berat tentang perkara ini jika tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.

Ini sangat penting kerana lebih 40 peratus penggundi terdiri daripada golongan muda yang medium utamanya adalah media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Setiausaha akhbar menteri juga perlu competent dalam menangani fitnah pembangkang. Pecat atau tukar sahaja mereka yang tidak perform.

Menteri-menteri PH juga perlu lebih bijak dalam membuat kenyataan media. Menteri Keselamatan Dalam Negeri Muhyiddin Yassin perlu lebih cakna dan tukar sahaja mana-mana pegawai kerajaan yang cenderung pada regim terdahulu.

Di Selangor, pembangkang yang sedikit boleh membuatkan tiada semak dan imbang. Disebabkan itu, Menteri Besar Selangor tidak popular dalam kalangan rakyat Selangor sendiri.

Dan tiada dasar-dasar baharu oleh Menteri Besar Selangor menambah buruk lagi prestasi PH selangor. Kemenangan PH di Selangor adalah daripada usaha ahli-ahli parti komponen PH.

Jika MB yang tidak competant boleh menyebabkan PH kehilangan Selangor, langkah yang terbaik ialah menukar segera menteri besar yang lebih berkaliber.

PH mesti anggap kekalahan di Dun Semenyih sebagai wake up call kerana status quo kerusi ini adalah milik PH.

Walaupun saya menjangkakan yang kesatuan pembangkang akan berpecah sebelum PRU-15 kerana 10 peratus ahli Pas tidak mahu bersama dengan Umno dan Pas daripada segi sejarahnya hendak menjadi abang sulung dalam kesatuan.

Apabila kerusi Pas dan Umno bertanding adakan bertindan, mereka biasanya susah hendak mencapai kata sepakat. Kalau Presiden Pas pada PRU-15 masih lagi Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno masih lagi Zahid, PH masih ada lagi peluang untuk memerintah.

Namun, PH tidak boleh bergantung kepada kelemahan lawan semata-mata untuk menang. PH perlukan Anwar Ibrahim sebelum masuk pada PRU-15.

Ini penting kerana dasar ekonomi Anwar dan pendekatannya agak berbeza dengan Tun Mahathir. Dan Anwar mampu menghalang anasir jahat dari Parti Islam kerana imej Islam moderat yang dibawa.

Saya boleh lihat ketokohan Anwar hampir sama dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan. Apabila Anwar sudah mengambil alih, Pas sendiri sudah hilang aura yang kata hanya parti dia yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

Sistem kehakiman negara juga perlu memberi perhatian khas kepada kes-kes salah laku melibatkan rejim terdahulu dan parti agama.

Ini kerana minda orang Melayu sangat pelik, walaupun sudah lebih 42 pertuduhan rasuah terhadap Najib, mereka kata Najib masih bebas dan justeru itu tidak bersalah.

Mereka tidak mahu ambil tahu perjalanan sistem kehakiman dari pendakwaan, ikat jamin dan sebagainya. Cara yang paling mudah ialah extradisi Sirul dari Australia dan buka semula kes Altantuya.

Jika tertuduh dalam kes pembunuhan, biasanya tiada ikat jamin. Jadi Najib akan ditahan di penjara sampai menunggu tarikh perbicaraan. Bila ini berlaku, Najib tidak lagi akan cuba menangguh tarikh perbicaraan dengan pelbagai alasan yang pelik-pelik.

Pimpinan Parti Agama yang mengambil duit Umno perlulah diambil tindakan dengan segera. Lagi lama PH membiarkan mereka bebas akan banyak lagi fitnah daripada mereka.

Kalau SPRM kekurangan resource, mereka perlu tangkap seorang sahaja yang mastermind dalam kes ini dah dakwa atas akta pengubalan wang haram.

“Sometimes we need to lose the small battles in order to win the war”

* Penulis merupakan penyokong PH dan ahli AMANAH Kawasan Kapar, Selangor.