Malaysia Dateline

PH nafi tawar jawatan ketua pemuda kepada Asyraf Wajdi

Pakatan Harapan (PH) nafi mengeluarkan kenyataan media yang sedang tular sejak semalam, kononnya Ketua Pemuda Umno dijemput dan dipelawa untuk mengetuai sayap Pemuda Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan penafian itu dan menyertakan tangkap layar kenyataan palsu tersebut di WhatsApp hari ini.

Menerusi kenyataan palsu itu, Majlis Presiden PH dikatakan telah bersetuju untuk mencadangkan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan.

Persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan secara maya di mana kenyataan itu juga menyebut bahawa PH membincangkan kerjasama antara blok pembangkang dan kerajaan.

Sebelum ini jawatan Ketua PH disandang arwah Shazni Munir Mohd Itnin yang meninggal pada 6 Ogos lalu disebabkan Covid-19.