PH perlu raikan demokrasi, dengar dan teliti pandangan akar umbi termasuk Muda

Oleh NASUHA RAHMAN

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu meraikan demokrasi dengan mendengar serta meneliti pandangan akar umbi.

PH juga tidak pernah ketandusan pemimpin muda dan berwibawa. Sebaliknya setiap hari banyak golongan muda dari segenap lapisan masyarakat
dan latar belakang yang muncul sebagai benteng utama parti gabungan ini.

Sehubungan itu kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah, Dr Taufeq Johari, AMK Kedah menghormati semangat persefahaman dan konsensus dalam gabungan PH.

Namun begitu kata beliau, sebelum terdapat sebarang perbincangan dan keputusan yang akan dibuat, pimpinan PH juga harus menyahut dan meraikan konsensus ini.

“AMK Kedah mengambil maklum mengenai keputusan yang dicapai oleh pimpinan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengenai hasrat mereka untuk berada di bawah payung yang satu iaitu gabungan PH dalam menghadapi PRU yang akan datang.

” Usaha oleh mana-mana pihak yang ingin bersama dalam memastikan kemenangan PH untuk merealisasikan agenda reformasi negara disambut dan diraikan dengan baik.

” Kita perlu kukuhkan struktur sayap parti dan sekaligus memperkuat hubungan antara parti-parti komponen sedia ada, malahan keutamaan rakyat dan anak muda tetap menjadi agenda utama perjuangan,” ujar beliau.

Tambahnya, sejarah yang lalu telah membuktikan bahawa ada pihak yang cuba memperalatkan gabungan PH demi kepentingan golongan tertentu serta tidak menghormati konsensus bersama Majlis Presiden dengan memungkiri janji tanpa rasa malu dan bersikap angkuh hanya kerana rakus akan kepentingan yang akan dicapai.

Maka itu saran beliau, setiap parti yang ingin bersama dalam gabungan PH perlu merasai perit jerih dan kepayahan dalam usaha mencapai kemenangan umpama pepatah bangsa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Baca juga: Ribuan rakyat berebut ambil gambar dua pelangi muncul di atas Istana Buckingham selepas pemergian Ratu

Baca juga: Remaja lahirkan bayi kembar, tapi bapa berbeza