Malaysia Dateline

PH perlu sambung MoU untuk elak mudarat lebih besar

Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid, Rang Undang-undang Lompat Parti strategi baru Ismail?

Seperti dijangka ramai pihak terutama Najib akan berusaha ‘buy time’ atau melengahkan masa mahkamah untuk mengelakkan dirinya dari dibawa ke penjara Sg Buluh. Nyata telahan itu tepat apabila Najib memecat Peguam Syafie dengan melantik Zaid.

Tak perlu ulas mengapa sebab kita semua dah tahu apa niat di sebalik pemecatan tersebut. Kluster mahkamah dalam kalangan mereka ‘buy time’ masa mahkamah tapi dalam masa sama mereka menekan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen dengan kadar segera.

Tidak cukup dengan itu Umno telah menghantar surat kepada ROS memaklumkan parti itu telah meluluskan pindaan Perlembagaan Umno supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ini semua bagi memastikan kedudukan Zahid sebagai Presiden terjamin. Pelbagai cara atau tekanan dilakukan kepada Ismail Sabri malah dalam PAU yang lalu Ismail tidak dilayan seadanya sebagai PM.

Ia adalah pertarungan antara Ismail vs Najib & Zahid. Seperti saya ulas sebelum ini Ismail hanya boleh menjadi PM sekali lagi hanya jika Najib dan Zahid dipenjarakan.

Jika Ismail bubarkan Parlimen 100 peratus Ismail bukanlah pilihan Umno unyuk menghantar nama kepada Agong untuk dilantik sebagai PM. Zahid dan Najib lebih yakin kepada Hishamuddin yang merupakan sepupu Najib sendiri.

Jadi apakah strategi Ismail pula? Pandangan saya ROS tidak akan meluluskan atau menangguhkan permohonan Umno melewatkan pemilihan parti dan yang paling penting RUU Lompat Parti akan disegerakan tetapi dalam versi baru.

Tapi mungkin ramai yang berkata bukankah Najib dan Zahid menyokong RUU Lompat Parti? Ya benar tetapi cuba kalian baca dalam satu artikel di akhbar.

Dalam kenyataan akhbar 9 Jun lalu Bersatu secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan bagi mana-mana Ahli Parlimen yang dipecat kerana melompat parti, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan. Kena faham maksud ini.

Bermakna jika akta ini dibuat tanpa versi baru, Zahid boleh memecat Ismail Sabri dari ahli Umno dan sekaligus Parlimen Bera perlu dipertandingkan.

Jadi kenapa Mesyuarat PH semalam di Parlimen dalam agenda utama mereka bersetuju dengan Akta RUU Lompat Parti ini? Saya berkeyakinan dalam Mesyuarat itu PH bukan sekadar menyokong RUU tersebut tetapi bersetuju melanjutkan MoU bersama kerajaan Ismail Sabri.

Saya yakin pimpinan PH akan sekali lagi bertemu Ismail untuk melanjutkan MoU dengan syarat Akta Lompat Parti disegerakan. Saya bersetuju kerana kita akan menang-menang.

Pertama Akta Lompat Parti dibawa dan diluluskan di Parlimen yang pasti menguntungkan kita dari berlaku lagi ‘pengkhianatan’ dan kedua kita bersama Ismail dapat memastikan Najib dan Zahid dihumban ke Penjara Sg Buluh.

Kita pilih mudarat yang lebih kecil selain MP PH akan mendapat peruntukan sama rata dengan ahli Parlimen kerajaan. Ismail Sabri patut bersetuju kerana PH mempunyai lebih kurang 89-90 kerusi Parlimen (sila pastikan jumlah sebenar).

Angka MP PH ini selamat untuk Ismail kekal sebagai PM jika kluster Mahkamah tidak menyokong di Parlimen nanti atau menarik sokongan kepada kerajaan Ismail.

Ismail hanya perlu sokongan 18 MP Pas dan Bersatu sahaja. Selepas itu boleh lah kes Najib disegerakan. Lagipun Ismail akan selesa sehingga Julai 2023 untuk Parlimen dibubarkan. Tempoh ini tidak lama untuk kita tetapi sangat lama buat Najib dan Zahid.

Cukup dahulu Najib di penjara, Zahid akan tempang. Ismail boleh berpakat dengan Tok Mat untuk pemilihan parti nanti. Ok sekadar pandangan saya mengenai politik terkini tanah air.