Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PH punya prinsip, tidak sanggup khianati mandat rakyat

PH punya prinsip, tidak sanggup khianati mandat rakyat

Oleh MOHD ALI HASHIMMarch 7, 2020 7:25 pm




Exco Kerajaan Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris ketika berucap pada program Pertahan Mandat Rakyat di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah pakatan yang mempunyai prinsip dan integriti.

Malah perjuangan yang dilakari oleh PH adalah untuk membina negara dan membela nasib rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris ketika berucap pada program ceramah ‘Pertahankan Mandat Rakyat’ di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

Jelasnya lagi, apa yang telah dan sedang berlaku dalam negara kini adalah pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang telah diberikan semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

“Perdana Menteri yang ada kini adalah pengkhianat nombor satu negara.

“Rakyat juga tertanya-tanya kenapa berlakunya pengkhianatan tersebut sehinggakan satu demi satu negeri PH tumbang kepada penyamun dan perompak.

Suasana ceramah Pertahan Mandat Rakyat yang diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

“Kita dalam PH bukannya gila jawatan ataupun sanggup melompat dan meninggalkan perjuangan semata-mata untuk mengejar wang dan juga jawatan,” tegasnya.

Tambah Asmirul lagi, kesan dari pengkhianatan tersebut, banyak perancangan dan rencana untuk kepentingan rakyat tertangguh ekoran kemelut tersebut.

Sementara itu seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Salmee Said pula berkata, pengkhianatan yang sedang berlaku menyebabkan kerajaan kini tidak stabil sehinggakan kabinet juga tidak mampu untuk dibentuk sehingga sekarang.

“Sebelum ini terbukti kerajaan PH telah dapat melaksanakan kerja-kerja dengan baik dan sempurna termasuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara.

“Kita berhempas pulas memberi pembelaan dan berjuang untuk rakyat serta berharap agar PH akan mendapat kembali mandat yang telah diberikan rakyat.

“Manakala di negeri Kedah pula kita yakin kerajaan PH dan Bersatu akan terus kekal menerajui kepimpinan demi membela nasib rakyat,” tambah beliau.

Hadir sama ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu negeri Kedah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production